Wednesday, January 5, 2011

ReNuNg2KAn & SeLaMaT BeRaMaL

BISMILLAH WALHAMDULILLAH WASSOLATU A’LA RASULILLAH

Ya Allah

Seandainya telah Engkau catatkan

Dia milikku tercipta buatku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkamlah kebahagiaan antara kami

Agar kemesraan itu abadi

Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mrngasihi

Seiringkanlah kami melayari hidup ini

Ke tepian yang sejahtera dan abadi


Tetapi Ya ALLAH

seandainya telah Engkau takdirkan

dia bukan milikku

bawalah ia jauh dari pandangan ku

luputkanlah ia dari ingatanky

dan peliharalah aku dari kekecewaan

serta Ya ALLAH Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti

berikanlah aku kekuatan

melontar bayangannya jauh ke dada langit

hilang bersama senja nan merah

agarku bisa bahagia

walaupun tanpa bersama dengannya


dan Ya ALLAH yang tercinta

gantikanlah yang telah hilang

tumbuhkanlah kembali yang telah patah

walaupun tidak sama denagn dirinya



Ya Allah Ya Tuhanku

pasrahkanlah aku dengan takdirmu

sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

adalah yang terbaik buatku

kerana Engkau Maha Mengetahui

segala yang terbaik buat hambaMu ini


Ya ALLAH

cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku

di dunia dan di akhirat

dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini

janagn Engkau biarkan aku sendirian

di dunia ini mahupun di akhirat

menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran

maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman

supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup

ke jalan yang Engkau redhai

dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

AMIN...Ya Rabbal A'lamin

3 comments:

i like diss~~